Friday, April 3, 2020

My Name Is Red


Sebuah novel misteri pembunuhan, yang mana seorang pelukis yang berkedudukan tinggi telah dibunuh. Eh, pelukis pun ada yang hebat? Ya, pada zaman itu seni lukisan sangat dititikberatkan. Siap ada pelukis untuk golongan istana. Tapi lukisan masa itu bukan macam sekarang, yang lebih kepada imitasi terhadap benda sebenar. Lukisan pada masa itu lebih bersifat 2 dimensi, kurang perspektif. Orhan Pamuk menulis dalam novel itu yang mungkin mereka tak mahu mengikut pelukis barat yang dianggap meniru ciptaan Allah (tetapi profesor Sejarah saya tak bersetuju pun dengan pendapat ini). Begitulah lebih kurang perdebatan para pelukis dalam novel itu, sehingga terjadi tragedi pembunuhan.


Sinopsis novel ini menarik kerana adanya unsur jenayah dan kemungkinan 'thriller.' Tertarik untuk tahu siapa sebenarnya pembunuh.

Satu lagi keunikan novel ini ialah penggunaan teknik autobiografi, yang rasanya ramai yang guna semasa sekolah rendah sahaja. Banyak penceritaan dari sudut watak utama, tetapi ada juga oleh mayat mangsa pembunuhan, dakwat merah (seperti tajuk buku), anjing dan sebagainya.

Novel ini sebenarnya merupakan salah satu buku yang digunakan dalam kelas Sejarah Uthmaniyyah. Menarik kerana bukan hanya buku teks sejarah biasa yang kami gunakan. Tapi buku ini sebenarnya merupakan rujukan utama untuk 'final paper' kami yang kebanyakannya dalam bentuk cerita fiksyen autobiografi. Novel ini banyak menceritakan suasana pada zaman Uthmaniyyah, semasa pemerintahan Sultan Murad III, seperti suasa istana, layanan terhadap Yahudi dan hubungan hierarki antara para pelukis profesional. Jadi, boleh baca buku ini kalau mahu merasakan suasana pada zaman Uthmaniyyah.

Namun, satu perkara yang mungkin saya rasa kurang menarik ialah fokus yang tinggi terhadap falsafah lukisan, yang bukan merupakan minat saya. Hal ini membuatkan perasaan yang jalan cerita itu terlalu perlahan kerana perbincangan yang saya sendiri tak berapa faham. Mungkin kerana fokus saya ialah suasana dan mencari pembunuhnya sahaja. Solusinya, boleh 'skip' sahaja kalau tak minat (dah memang kena baca untuk kelas).

Orhan Pamuk merupakan penulis novel yang popular di Turki , dengan jalan cerita berlatarbelakangkan zaman Uthmaniyyah. Abang beliau juga merupakan Sejarawan Ekonomi yang pakar dalam zaman Uthmaniyyah. Maka, sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat mengetahui tentang sejarah empayar Islam yang paling lama ini.

No comments:

Post a Comment