Wednesday, June 10, 2026

Prinsip tak berubah ikut zaman

Tadi saya baru mendengar perbincangan antara KJ, Shahril dan Ustaz Nouman Ali Khan tentang bagaimana kita nak menghadapi era AI dan media sosial ini. Intipatinya adalah berpegang kepada prinsip yang tak berubah mengikut arus perubahan. Bahkan Al-Quran dan As-Sunnah yang kita pegang ini pun dah beribu tahun dan tak lapuk dek zaman. Kenapa?

Islam merupakan ‘framework’ kehidupan. Tapi Allah tak memberi perincian untuk semua tatacara. Contohnya, Allah tak suruh kita berpegang kepada pemerintahan beraja atau demokrasi secara spesifik; yang ada hanyalah patuh pemimpin yang baik. Bahkan dalam sirah khulafa’ ar-rasyidin pun, Abu Bakar r.a. dinamakan oleh Rasulullah s.a.w. manakala Umar r.a. dipilih secara demokrasi. Tapi prinsipnya sama, kita patuh kepada pemimpin yang baik.

Sebaliknya, bagi agama Kristian, mereka mengubah prinsip mengikut peredaran zaman. Contohnya, babi yang asalnya haram dimakan menjadi dibolehkan hanya kerana ingin mendapatkan sokongan golongan tertentu. Mereka ‘react’ kepada perubahan. 

Di sini, ada perbezaan prinsip dan perbuatan. Prinsip itu sepatutnya kekal, manakala perbuatan perlu diselarikan dengan apa yang sesuai dilakukan, dan perlu dilakukan dengan hikmah. Di sinilah akal mengambil peranan untuk mengambil prinsip yang berpandukan Islam dan mengaplikasikan prinsip ini dalam kehidupan. 

Apa contoh prinsip Islam? 

1. Rukun Islam dan Rukun Iman

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ: " بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا. قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ! قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟. ‫‬قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ ". [رَوَاهُ مُسْلِمٌ] .

Also on the authority of `Umar (ra) who said: While we were one day sitting with the Messenger of Allah (ﷺ) there appeared before us a man dressed in extremely white clothes and with very black hair. No traces of journeying were visible on him, and none of us knew him.

He sat down close by the Prophet (ﷺ) rested his knees against the knees of the Prophet (ﷺ) and placed his palms over his thighs, and said: "O Muhammad! Inform me about Islam." The Messenger of Allah (ﷺ) replied: "Islam is that you should testify that there is no deity worthy of worship except Allah and that Muhammad is His Messenger (ﷺ), that you should perform salah (ritual prayer), pay the zakah, fast during Ramadan, and perform Hajj (pilgrimage) to the House (the Ka`bah at Makkah), if you can find a way to it (or find the means for making the journey to it)." He said: "You have spoken the truth."

We were astonished at his thus questioning him (ﷺ) and then telling him that he was right, but he went on to say, "Inform me about Iman (faith)." He (the Prophet) answered, "It is that you believe in Allah and His angels and His Books and His Messengers and in the Last Day, and in fate (qadar), both in its good and in its evil aspects." He said, "You have spoken the truth."

Then he (the man) said, "Inform me about Ihsan." He (the Prophet) answered, "It is that you should serve Allah as though you could see Him, for though you cannot see Him yet He sees you."

He said, "Inform me about the Hour." He (the Prophet) said, "About that the one questioned knows no more than the questioner." So he said, "Well, inform me about its signs." He said, "They are that the slave-girl will give birth to her mistress and that you will see the barefooted ones, the naked, the destitute, the herdsmen of the sheep (competing with each other) in raising lofty buildings." Thereupon the man went off.

I waited a while, and then he (the Prophet) said, "O `Umar, do you know who that questioner was?" I replied, "Allah and His Messenger know better." He said, "That was Jibril. He came to teach you your religion."

[Muslim]

Hadith 2, 40 Hadith an-Nawawi

https://sunnah.com/nawawi40:2


2. Tujuan manusia diciptakan: ‘abid dan khalifah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌۭ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۭ ۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ٣٠

˹Remember˺ when your Lord said to the angels, “I am going to place a successive ˹human˺ authority on earth.” They asked ˹Allah˺, “Will You place in it someone who will spread corruption there and shed blood while we glorify Your praises and proclaim Your holiness?” Allah responded, “I know what you do not know.”

— Dr. Mustafa Khattab, The Clear Quran, 2:30 https://quran.com/2/30


وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ٥٦

I did not create jinn and humans except to worship Me.

— Dr. Mustafa Khattab, The Clear Quran, 51:56, https://quran.com/51/56


Bagaimana menjadi ‘abid dan khalifah itu, Allah tak perincikan. Allah ciptakan kita berbeza-beza dan ada ‘free will’, maka kita boleh usaha untuk cari jalan terbaik untuk menjalankan tanggungjawab kita di muka bumi dan mencapai redha Allah demi akhirat kelak.

Semoga kita diberi kekuatan untuk terus kekal berpegang kepada prinsip Islam sehingga ke akhir hayat insya-Allah. 

Video podcast Kindred Stories: https://youtu.be/EUYpIO7fMTs?si=NHOh2lsSdMEGiDSm

Saturday, June 6, 2026

Dengan Nama

Ahmad cuba dapatkan pasu bunga di atas tembok. Sikit lagi.

Berjaya!

Ah, terseret pula jari di dinding. Luka jari sebab kena dinding.

Ahmad cuba pula menarik rumput yang sudah menjadi pokok. Potong dulu bahagian atas, senang sikit nak tarik.

Berpusing-pusing kayu itu dibuatnya. Nampak berlubang dah tanah di situ. Dengan sekuat hati, ahmad tarik batang yang boleh menjadi parasit kepada jirannya.

Berjaya!

Tapi, tapak tangan pula terkena batu kecil di lantai simen. Luka tapak tangan sebab terkena lantai.

Bila fikir balik, macam kelakar pula tangan berdarah sebab terkena dinding, terkena lantai. Selalunya orang luka terkena pisau ataupun duri.

"Itulah, lain kali baca Bismillah," kata seseorang di sebelah Ahmad.

"Hmm... Dah terbiasa sangat. Bismillah pun terlupa, alhamdulillah pun selalu terlupa."

Kadang-kadang (mungkin selalu juga) kita terlupa dengan perkara yang dianggap remeh. Seperti membaca Bismillahirrahmanirrahim, yang hanya mengambil masa lebih kurang satu saat. Tak susah pun.

Tahukah anda, ada satu ayat yang lebih hebat. Ringan di mulut, tetapi berat di timbangan. Timbangan apa? Timbangan di akhirat, yang menentukan kehidupan kita yang kekal abadi!


حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ إِشْكَابٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ ‏"‏ ‏.‏

Narrated Abu Huraira: The Prophet (ﷺ) said, "(There are) two words which are dear to the Beneficent (Allah) and very light (easy) for the tongue (to say), but very heavy in weight in the balance. They are: ''Subhan Allah wa-bi hamdihi'' and ''Subhan Allah Al-`Azim."
(see Hadith 6682).

Sahih al-Bukhari 7563
https://sunnah.com/bukhari:7563


Output

Pernah aku terfikir, apa beza pelajar luar negara dan dalam negara? Lebih-lebih lagi apabila pelajar luar negara hanya bergaul dengan rakan-rakan dari negara yang sama.

Memang ada bezanya, pensyarah berbeza, suasana berbeza. Tetapi, aku rasa ada kepentingan untuk berkongsi apa yang dialami di luar negara. Kita sudah ada pengalaman yang penuh dengan pengajaran. Kenapa mahu disimpan? Kalau disimpan pula, nanti dilupakan. 

Ataupun meletup otak sebab tak ada output 🤔
Input - output + generation - consumption = accumulation

Ramadan ini, aku ada target sendiri (alang-alang cuti). Aku fokus kepada mendengar perkongsian-perkongsian tentang Islam juga penulisan, melalui kursus dan kelas berbayar serta YouTube seperti Yaqeen Institute dan BayyinahTV.

Kemudian berkongsi pula di media sosial. Ikutlah, mahu gunakan Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan lain-lain. Aku gunakan Instagram untuk berkongsi pengajaran tadabbur My#QuranTime melalui ilustrasi, kemudian pengajaran dari video Yaqeen Institute di Twitter sebab videonya pendek-pendek, dalam kurang dari 10 minit.

Setakat ini, alhamdulillah masih konsisten.

Dalam kursus penulisan, banyak panel yang menyebut bahawa seorang penulis perlu membaca, membaca, membaca kemudian baru menulis. Satu pengajaran dari ungkapan ini adalah pentingnya membaca untuk menulis. Tetapi, kalau hanya membaca, tiada penulisan, bagaimana mahu memberi manfaat kembali kepada masyarakat? Boleh jadi juga melalui ucapan-ucapan, lukisan dan sebagainya.

Setiap orang ada ceritanya sendiri, dan cerita itu unik. Setiap orang ada idea, walaupun hanya dari cerita orang lain.

Yang penting, menulis, atau apa-apa mekanisme output, harus beriringan dengan wawasan supaya gerak kerja lebih tersusun dan bermanfaat. Nak untung boleh, tetapi hanya dapat untung lah kalau hanya itu niatnya. Salah satu perkara yang boleh menjadi amal berterusan ialah ilmu yang bermanfaat, maka penulisan itu boleh menjadi amal kita yang infiniti! Selagi manusia masih ada, selagi dunia belum kiamat. Contohnya, karya-karya sejarah yang sudah berdekad masih dirujuk walaupun penulis sudah lama meninggal dunia.

Wawasanku, untuk menunjukkan Islam itu cara hidup yang bermakna, boleh diamalkan oleh semua.

- Written in 2021

Bersepah Tapi Tersusun

Semasa kita masih kecil, pemandangan bintang-bintang di langit sangat mendamaikan dan menakjubkan. Lebih-lebih lagi apabila tiada awan-awan gelap dan kelabu yang menghalang cahaya-cahaya kecil itu dari terus bersinar. Ditambah dengan cuaca sejuk pada waktu malam. Seronok! 

Bintang-bintang yang berkerlipan ibarat berlian bertaburan di langit yang gelap gelita. Sekali imbas, susunannya seperti rawak, tiada apa-apa corak kecuali beberapa yang kadangkala hanya imaginasi semata-mata. Ada bintang di situ, di sana, kiri, kanan, atas, bawah. Berterabur, namun tetap kelihatan cantik seperti kertas pembalut hadiah yang penuh dengan corak yang juga kelihatan rawak.

Saat kini, kita yang sudah dewasa ini juga masih mengkagumi kejadian alam ini, menikmati keindahannya juga suasana malam yang tenang. Bezanya, kita tahu bintang-bintang itu berada di lokasi yang tetap menurut pandangan kita selama kita hidup. Maka, boleh dikatakan itu bintang kejora, itu gugusan bintang biduk, itu buruj pemburu dan sebagainya. Tambahan lagi, boleh pula kita tahu arah sesuatu tempat hanya berpandukan bintang!

Dahulu berterabur, kini menjadi panduan pula. Padahal, pandangan yang sama. Akal yang semakin berkembang.

Pernahkah kita terfikir, al-Quran itu kelihatan berterabur juga? Ada kisah-kisah nabi di surah-surah yang lain walaupun nabi yang sama. Ada perintah tentang perkara yang sama di tempat yang berbeza. Tak perlu surah panjang, surah pendek pun ada yang seperti berubah topik di tengah-tengah penceritaan. Boleh ambil contoh surah al-Adiyat. 

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, serta mencetuskan api dari telapak kakinya, dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, sehingga menghamburkan debu pada waktu itu. Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh; Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian; Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba). (Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.

Mula-mula, Allah ceritakan tentang kuda perang. Tiba-tiba semasa klimaks, apabila kuda itu menggempur, terus bertukar kepada peringatan supaya bersyukur. Apakah?

Seperti bintang-bintang, ayat-ayat al-Quran juga terusun dalam caranya yang tersendiri. Bahkan, cara ini sangat unik dan hebat sehingga tiada manusia yang menulis sebegini. Betapa hebatnya ilmu Allah, betapa istimewanya mukjizat Rasulullah s.a.w. ini!

Seperti bintang-bintang juga, al-Quran juga merupakan panduan. Panduan bagi kita untuk bersedia bertemu Allah, panduan untuk kita menjalani hidup ini dengan cara yang diredhaiNya. Susunan ayat-ayat itu sebenarnya merupakan susunan yang sempurna untuk kita amalkan dalam hidup, untuk memahaminya dengan cara yang berkesan.

Namun, seperti bintang-bintang juga, kita perlu ada usaha untuk mempelajarinya. Lebih-lebih lagi bahasa Arab bukan bahasa ibunda kita. Memahaminya satu keperluan, mengamalkannya juga penting. Membaca terjemahan itu boleh, namun untuk lebih menghayati memerlukan ilmu gaya bahasa Arab serta situasi dan amalan orang Arab pada zaman dahulu. Usaha itu penting supaya kita nampak apa yang sebenarnya Allah ingin sampaikan. Supaya kita nampak bagaimana indahnya ayat-ayat itu, laksana bintang-bintang di langit yang bergemerlapan. Supaya al-Quran menerangi hati kita, laksana bintang-bintang yang menerangi malam yang gelap.

Demi bintang semasa ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm, 53:1-4)

Al-Quran itu ibarat bintang. Menerangi malam yang gelap, memandu manusia ke jalan yang benar.


Rujukan: Nouman Ali Khan