![]() |
| Kredit: https://www.kitchen208.com/pi-e-day/ |
Dengar sahaja kejuruteraan, pasti ramai yang fikir tentang Sains dan Matematik. Namun, kejuruteraan adalah lebih dari itu. Ada tentang etika, ada juga tentang penyelesaian masalah, seperti yang baru sahaja aku belajar minggu ini. Hakikatnya, semua orang mempunyai masalah, dan masalah itu perlu diselesaikan, bukan dihapuskan ataupun lari darinya.
Ada orang yang sikapnya berubah kerana masalah keluarga. Ada insan yang sanggup mengambil nyawa sendiri kerana masalah pelajaran. Ada juga yang gila kerana terlalu tertekan.
Namun, ramai yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih menakutkan apabila kita sendiri tenggelam dalam masalah tersebut! Lalu bagaimana?
Kaedah DR PIE ini sebenarnya ditunjukkan di dalam kelas tempoh hari. Ada kaitankah kejuruteraan dengan kehidupan? Sememangnya ada.
1. DEFINE
What is your problem? Cuba tulis dan jelaskan masalah tersebut. Apabila kita dapat membacanya, kita dapat mengenal pasti dengan jelas masalah tersebut. Kesilapan besar yang selalu kita lakukan ialah sekadar berfikir dan membiarkannya, ataupun berasa tertekan padahal kita sendiri tidak tahu apa masalah tersebut. Apa masalah anda?
The knowns and the unknowns. Senaraikan juga perkara-perkara yang kita tahu dan yang tidak tahu. Contohnya, kita tahu perasaan kita terhadap perkara itu. Tetapi tahukah kita tentang perasaan orang lain? Tahukah kita berkenaan punca masalah itu?
Constraints. Apakah halangan kita untuk menyelesaikan masalah itu? Masa, wang, komunikasi? Ataupun mungkin kita tiada kekuatan untuk melakukannya?
Assumptions. Untuk perkara-perkara yang kita tidak tahu, sebaik-baiknya kita selidiki dahulu dan membuat agakan. Contohnya, sahabat kita sering meminjam wang. Agakan yang boleh dibuat: mungkin dia kekurangan wang, berdasarkan pengalaman orang lain.
2. REPRESENT
Visualkan masalah anda. Dalam otak pun boleh, dalam kertas pun boleh. Visual ini bukan hanya gambar atau lukisan, termasuk juga ialah gambar rajah, carta dan sebagainya. Lebih mudah dilihat dan diinterpretasikan.
| Kredit: http://head.dvrlists.com/mind-map/ |
3. PLAN
Rancang jalan penyelesaian. Jangan bertindak melulu kerana kita perlu fikir dahulu sebelum
"Seseorang yang melupakan sejarah akan mengulanginya." (Dipetik daripada buku teks Sejarah setiap tingkatan).
4. IMPLEMENTSudah rancang, buatlah! Inilah bahagian yang paling sukar. Selalunya orang rancang, dan rancangan itu seakan-akan hilang dalam lubang hitam.
"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubah dirinya sendiri." [Al-Quran 13:11]
5. EVALUATE
Muhasabah kembali, lihat kembali adakah langkah kita memberi kesan? Adakah masalah dapat diselesaikan? Perhatikan betul-betul. Adakalanya, secara luaran, masalah itu selesai. Namun, jika masalah dalaman itu tidak benar-benar diubah, masalah itu akan berulang. Sekiranya rancangan kita tidak berhasil, maka janganlah mengalah. Umat Islam yang hebat tidak akan mengalah. Kerana kita tahu bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Walaupun selalunya kita sukar untuk menerima, yakinlah ada hikmahnya. Yakinlah bahawa kita dapat melihat hikmahnya pada masa hadapan.
"Sungguh ajaib orang Mukmin ini. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur." (Hadith Rasulullah s.a.w.)
Itulah DR PIE secara ringkasnya, hasil daripada kelas Kejuruteraan. Aplikasikannya dalam kehidupan, kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. (Tapi sebenarnya pokok tanpa buah itu juga berguna. Tak tahu lah mengapa peribahasa ini bermaksud negatif.)| Kredit: http://pngimg.com/img/nature/tree |

No comments:
Post a Comment