Sunday, June 11, 2017

Panopticon

Pada waktu malam, seorang perompak sedang berjalan ke arah rumah yang menjadi tumpuannya sejak minggu lalu. Dia hanya seorang. Keadaan sekeliling juga gelap, seakan-akan tiada manusia lain. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan tikus yang berkeliaran. Dengan profesional, dia memanjat pagar rumah tanpa kedengaran sebarang bunyi. "Menyerah!" Kedengaran jeritan pasukan polis yang sedang memantau setelah sekian lama. "Bam!" Sepandai-pandai perompak melompat, akhirnya jatuh ke lantai juga...

Perompak tersebut tidak menyedari pengawasan pihak polis terhadap dirinya. Jika dia tahu, pasti dia akan membatalkan niat merompak pada hari itu.

Bagaimana pula jika timbul perasaan diperhatikan ketika tiada siapa di situ? Pasti dia juga akan bertindak meninggalkan rumah itu tanpa melakukan kejahatan. Walaupun dia jahat, namun rugi bukan?

Inilah konsep yang diterangkan melalui model Panopticon oleh Jeremy Bentham. Pada zaman dahulu, mereka ingin melahirkan masyarakat berdisiplin melalui pengawalan fizikal tanpa penyeksaan.
Kredit: https://foucault.info/doc/documents/disciplineandpunish/foucault-disciplineandpunish-panopticism-html

Panopticon dibayangkan seperti sel-sel penjara di sekeliling sebuah menara tinggi. Cermin menara tersebut hanya membenarkan orang di dalamnya melihat tanpa disedari oleh orang di luar, seperti 'tinted.' Dengan kata lain, hanya pengawal yang boleh melihat tanpa disedari oleh banduan. Situasi ini menyebabkan banduan berkelakuan baik kerana mereka merasakan bahawa mereka sentiasa dilihat. Hakikatnya, pengawal boleh meninggalkan menara itu pada bila-bila masa. Oleh itu, banduan itu seperti menjadi pengawal kepada diri sendiri tanpa kehadiran pengawal sebenar.

Tatkala belajar tentang konsep ini di dalam kelas Sains dan Teknologi dalam Budaya Amerika, saya teringat tentang konsep Ihsan dalam hadith kedua daripada koleksi Hadith 40 Imam An-Nawawi:

"... Ihsan itu beribadah kepada Allah seperti kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihat kamu..."

Kita perlu sedar bahawa kita sentiasa diawasi. Bukanlah mahu menyamakan kita seperti banduan, tetapi kita hanyalah hamba Allah yang Maha Melihat. Berlaku ihsan dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Bayangkan, jika perlakuan buruk kita diketahui orang, buruk padahnya. Apatah lagi apabila Allah mengetahuinya!

Pernah saya mendengar kisah seorang guru menyuruh anak muridnya menyembelih ayam di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Maka, bertebaranlah mereka ke belakang pokok, dalam perigi, dan sebagainya. Namun, salah seorang muridnya tidak berjaya menyembelih ayam tersebut. Apabila ditanya, beliau menjawab bahawa tiada tempat yang tidak dilihat oleh Allah. Betapa sedarnya murid tersebut bahawa Allah Maha Melihat!

Para pengawal dalam Panopticon mungkin akan pergi pada bila-bila masa. Andai ada banduan yang sangat cerdik sehingga dapat menjangka masa yang tepat apabila pengawal tidak melihat, pasti dia dapat juga melarikan diri. Para pengawal tersebut perlu ditukar supaya dapat berehat dan tidur. Berbeza dengan Panopticon, Allah tidak pernah lalai dalam mengawasi kita sebagaimana dalam Ayat Kursi:

"Allah... Dia tidak mengantuk dan tidak tidur..." (Al-Baqarah: 255)

Sememangnya Allah Maha Mengetahui segalanya, sehinggakan sebutir pasir yang bergerak pun Allah tahu. Maka, bagaimana pula kita mahu bertindak seperti tiada orang yang melihat kita?
Kita takkan dapat lari dari CCTV Allah!

Ada orang yang tak dapat merasakan pengawasan Allah. "Tak apa, orang lain tak nampak..." Tetapi, bagaimana kita boleh begitu pasti orang lain tidak nampak? Tahukah anda, perlakuan buruk yang tidak diketahui orang itu disembunyikan Allah? Walaupun tidak diketahui orang, Allah Maha Berkuasa untuk mendedahkannya kepada masyarakat.

Mungkin pada masa itulah, Allah mengambil nyawa kita tanpa sempat kita memadamkan atau mengubah perlakuan itu.
Mungkin, Allah mendatangkan ujian yang memaksa orang lain menyiasat perbuatan itu.
Mungkin juga, Allah sengaja membiarkan kita bergelumang dengan dosa seperti Istidraj (mendapat nikmat yang banyak tetapi ingkar Allah, supaya tidak bertaubat).
Semoga kita dihindarkan daripada situasi-situasi ini.

Apabila aib kita ditutup oleh Allah, bersyukurlah dan bertaubatlah. Allah masih memberikan kita masa untuk mengubah diri. Adakalanya seseorang kelihatan baik dan warak, namun hakikatnya Allah lah yang menutup aibnya.

Sememangnya, kita hanyalah hamba Allah. Allah Maha Melihat, lebih hebat daripada Panopticon. Mengapa mahu melakukan kemungkaran dan perkara sia-sia apabila dilihat Allah?


Tuesday, May 23, 2017

Sambutlah

Kini bulan suci telah tiba
Mari kita menyambutnya
Jalankan perintah dariNya
Puasa satu bulan lamanya

Selalunya kita sambut hari lahir ahli keluarga, rakan-rakan. Tahukah anda, menyambut Ramadan ibarat menyambut hari lahir al-Quran, surat cinta daripada Allah? Lalu, apakah cara meraikannya? Ketupat? Lemang? Mestilah dengan puasa! Kita puasa kerana...

Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti diwajibkan ke atas orang sebelum kamu supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183)

Perkataan "siyam" yang bermaksud puasa itu sendiri mempunyai makna yang mendalam. Perkataan ini tidak pernah digunakan oleh orang Arab untuk manusia. Pada asalnya, perkataan ini digunakan untuk kuda-kuda berpuasa untuk melatihnya dalam panas dan serba kekurangan supaya kuda itu menjadi lebih kuat. Oleh itu, Allah menggunakan "siyam" kepada kita untuk menunjukkan bahawa puasa ini akan melatih kita menjadi kuat selepas Ramadan. Seperti atlet yang memakai pemberat kaki ketika berlatih. Apabila pemberat itu dilepaskan ketika pertandingan, mereka menjadi lebih hebat. Maka, itulah tujuan kita berpuasa: menjadi lebih kuat selepas Ramadan.

Namun, adakah kekuatan yang kita akan capai sama dengan kuda ataupun para alet? Selepas berpuasa, terus boleh angkat berat? Kalau betul, pasti semua orang puasa! Namun, kita sebenarnya melatih ruh kita untuk menjadi lebih kuat. Bagaimana?



Kita ambil contoh kuda (lagi). Bayangkan kita menunggang kuda. Kuda hanya dapat dikawal sekiranya kita lebih kuat daripadanya. Jika kita lemah, kuda itu boleh membawa kita ke mana-mana, entah-entah sehingga negara lain! Boleh sesat jadinya. Sama seperti manusia. Ruh ibarat penunggang, manakala nafsu ialah kuda. Penunggang mestilah kuat untuk mengawal kuda, dan ruh mestilah kuat untuk mengawal nafsu. Kalau nafsu terlalu kuat, ruh juga akan dibawa sesat bersama! Jadi, bagaimana pula kita mahu mengawal 'kuda' kita?

Puasa! Kalau perasan, Allah menyuruh kita berpuasa daripada keperluan-keperluan, bukan sekadar kehendak. Air, makanan hatta isteri pun antara keperluan manusia. Mengapa Allah melarang kita mendapatkan keperluan? Apabila kita berpuasa, secara automatiknya, perut dan seluruh badan kita menyuruh kita makan, minum. Kalau tak diikut, maka rasakanlah kepenatannya. Namun, ruh mengingatkan kita bahawa takut terhadap Allah itu lebih utama daripada keperluan. Hal ini penting kerana kita ingin menunjukkan bahawa kita mampu berpuasa daripada keperluan semata-mata kerana Allah, untuk bertaqwa kepada Allah. Inilah yang disebut di dalam ayat 183 surah al-Baqarah itu:

... Supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Kita berbeza daripada agama lain yang berpuasa untuk menyeksa diri. Allah menyuruh kita mengawal, bukan menyeksa. Allah tahu kemampuan badan kita kerana Dialah yang menciptakan kita. Allah menciptakan segala makanan dan minuman di dunia ini untuk kita. Maka, mengapa pula Allah mahu menyeksa diri kita daripada mengambil nikmat-nikmat itu? Walau bagaimananpun, nafsu terhadap perkara-perkara itu perlu dikawal. Kerana kita manusia, bukannya haiwan. Hanya haiwan yang mengikut nafsu.

Namun, bila fikir balik, bukankah puasa = lapar? Bagaimana pula mahu menjadi kuat? Harus diingat, roh mempunyai makanan lain. Maka, saat kita mengawal nafsu dengan berpuasa, roh juga mahu makan. Apakah makanannya? Al-Quran! Roh dijadikan daripada cahaya, maka cahaya lah makanannya. Allah menggunakan perkataan "nur" untuk al-Quran, yang bermaksud cahaya. Maka, pastilah al-Quran itu dapat mengenyangkan roh kita. Maka, 'makan'lah al-Quran untuk menghilangkan rasa lapar itu.

Konklusinya: Ramadan merupakan latihan untuk menjadikan kita kuat pada masa hadapan melalui puasa dan al-Quran, dan kekuatan itu diperoleh dengan mengawal diri. Taqwa merupakan sifat yang sentiasa berhati-hati terhadap segalanya dan menyelamatkan diri kita daripada perkara yang berbahaya.

Marilah kita menyambut dengan suka cita
Indahnya puasa
Marilah kita menyambut dengan suka cita
Indahnya berdoa
Hanya padaMu, hanya untukMu, kupanjatkan syukur

Jom, kita sambut Ramadan dengan gembira, bukan dengan mengeluh!

Sumber:
Nouman Ali Khan (Tafsir Surah al-Baqarah)
Muadz - Sambutlah (https://www.youtube.com/watch?v=kUcK5Tt7kP0)


Tuesday, May 9, 2017

Kata-kata

Ada orang banyak berkata-kata, selalunya dipanggil extrovert. Merekalah yang meriuhkan suasana yang sunyi sepi. Mendapat tenaga daripada rakan-rakan dan orang sekeliling. Ada orang pula introvert, hanya berkata-kata ketika diperlukan. Memerlukan masa bersendirian untuk mengecas tenaga. Sesetengah orang berpendapat bahawa kata-kata orang introvert lebih bermakna kerana mereka menyusunnya dan memikirkannya terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada orang lain. Walau bagaimanapun, orang extrovert biasanya lebih terbuka untuk berbincang secara spontan apabila mendapat idea secara tiba-tiba. Ambivert pula bersikap kedua-duanya mengikut keadaan.

Walau bagaimanapun, golongan-golongan ini terdapat satu persamaan: Tiada yang mempunyai kata-kata yang sempurna. Walaupun hanya membaca skrip, skrip itu ditulis kadangkala tanpa niat untuk mengikut susunan. Ada yang salah perkataan, justeru menyebabkan ada yang terasa ataupun diambil kesempatan. Ada yang mengikut susunan secara rawak, mengikut idea yang datang. Jadi, kata-kata apa yang paling hebat? TED talk speakers? Presiden atau Perdana Menteri?

Jawapannya... Kalam Allah!

Eh, tapi Quran itu kitab, bukannya ucapan. Namun, jika kita membacanya, kita akan rasa seperti Allah bercakap dengan kita (sebenarnya memang, bukan seperti). Lihatlah, Allah menggunakan kata-kata yang merupakan perkataan biasa digunakan dalam kalangan Arab, lebih-lebih lagi Quraisy. Ada soalan dalam al-Quran, ada kisah-kisah, perumpamaan, bayangan, dan sebagainya yang kita biasa gunakan dalam perbualan. Allah tak menggunakan perkataan teknikal (jargon words) dalam menghuraikan ciptaan-ciptaannya, seperti Allah mengajak kita melihat bumi dalam Surah al-Ghasyiyah, ayat 20:

"Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?"

Secara saintifiknya, kita tahu bahawa bumi ini bulat, ataupun lebih tepat bujur sedikit. Namun, kita nampak bumi ini rata. Allah tidak menyebut bahawa bumi ini benar-benar dihamparkan, tetapi mengajak kita berfikir bagaimana bumi ini kelihatan seperti hamparan? Benarkah hamparan ini rata?

Sejak Ramadan lalu, saya mengikuti siri Tafsir al-Baqarah oleh Nouman Ali Khan. Pengalaman itu menyebabkan minda seperti terbuka. Rasa benar-benar al-Quran ini datang dari Allah. Sangat sempurna! Dan kesempurnaan itu takkan pernah tamat digali oleh manusia. Beliau lebih ke arah linguistik, bahasa dan gaya yang digunakan di dalam al-Quran. Secara ringkasnya, saya dapat simpulkan beberapa perkara, walaupun tafsir itu masih belum tamat:
  1. Perkataan yang digunakan sangat sesuai

    Ada perkataan yang terdapat beberapa maksud, seperti kata banyak makna. Namun, semua maksud tersebut berkait dengan konteks dan menghuraikan lebih lanjut hanya menggunakan satu perkataan. Perkataan "syaitan" itu sendiri boleh terdiri daripada 3 maksud: (1) Daripada "syaato" bermaksud bersedia untuk dibakar. (2) Daripada "syatin" yang bermaksud orang yang jauh daripada jalan yang benar. (3) Yang menarik tali secara perlahan-lahan (boleh bermaksud menarik manusia perlahan-lahan). Kita boleh lihat betapa tepatnya perkataan yang Allah gunakan di sini, dengan segala maksudnya boleh menghuraikan ciri-ciri syaitan, dengan hanya satu perkataan.

    Ada juga sesetengah perkataan yang kita anggap seerti, dan kita menggunakannya secara bertukar-tukar. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan, terutamanya dalam bahasa Arab yang sangat visual maknanya.Contohnya, ayat 5 surah al-Baqarah:

    "... Merekalah orang yang berjaya"

    Allah menggunakan "muflihun" sebagai janji bahawa orang beriman akan berjaya. Satu lagi kata yang kita mungkin anggap seerti ialah "faizun" yang juga bermaksud berjaya. Namun, "muflihun" menunjukkan bahawa kejayaan itu sentiasa ada, sentiasa berjaya. Perakataan "falah" juga berkait rapat dengan "fallah" yang bermaksud petani. Para petani perlu berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang baik. Perlu jaga tanah, letak baja, siram air, cantas pokok. Sukar, namun hasilnya akan menjadi yang terbaik. Maka, secara ringkasnya orang beriman ini diklasifikasikan sebagai sentiasa berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh.
    Jadilah seperti Fallah!
    Kredit: http://www.clipartpanda.com/clipart_images/farmer-clip-art-4-419x662-2425058
  2. Simetri (symmetry)

    Eh, kata-kata pun ada simetri? Selalunya kita dengar hanya bentuk ataupun geometri. Teringat profesor selalu menekankan "the S word" untuk Peraturan Gauss dan Ampere (Gauss's Law and Ampere's Law). Bagi yang tak tahu, teknik ini menggunakan simetri untuk memudahkan pengiraan, dan ini hampir mustahil untuk pengiraan yang betul kerana ada banyak perkara lain yang tidak diambil kira, namun amat berguna untuk menggagak nilai yang tidak memerlukan sehingga 6 figur penting (significant figures). Okay, mungkin ada yang dah pening. Kembali kepada topik asal.
    Bulatan antara geometri yang paling simetri
    Kredit: http://www.ux1.eiu.edu/~addavis/1360/24Gauss/SphrChrg.html
    Kadang-kadang, kita ada terfikir mengapa ayat ini tiba-tiba di sini? Bagaimana ayat-ayat ini disusun? Selalunya, jika kita hanya baca, rasa seperti topik itu tiba-tiba muncul. Walau bagaimanapun, pembacaan secara berhati-hati dapat menunjukkan betapa hebatnya susunan Allah. Contohnya, ayat 6-20 surah al-Baqarah (boleh rujuk al-Quran masing-masing).

     (a) Orang kafir yang hatinya tertutup
     (b) Orang munafiq yang mempunyai penyakit hati
     (c) Menegur mereka untuk tidak melakukan kerosakan, tetapi dijawab mereka baik
     (d) Tegur mereka untuk beriman, tetapi dikatakan orang beriman itu bodoh
     (e) Orang munafiq berolok-olok di hadapan orang beriman, tetapi Allah tahu
     (f) Perumpamaan bagi orang kafir: api dan kilat

    Jika kita menganalisis topik-topik ini, kita dapat lihat bahawa (a) dan (f) saling berkait kerana hati yang tertutup juga berpunca daripada menutup telinga dan mata, serta seperti tuli, bisu dan buta. (b) dan (e) pula berkaitan orang munafiq, manakala (c) dan (d) menunjukkan keengganan mereka menerima teguran, menujukkan merekalah yang bodoh dan pembuat kerosakan.
  3. Gema

    Gema gegar vaganza? Eh. Gema di sini bermaksud 'echo,' yang bunyi berulang-ulang disebabkan pantulan tu. Ada sesetengah perkataan ataupun frasa ataupun satu ayat itu, Allah ulang untuk mengingatkan kita terhadap ayat lagi satu itu. Walau bagaimanapun, maksudnya tidak sama. Gaya bahasa ini agak sukar untuk diterangkan dengan menggunakan contoh yang pendek. Contoh yang mudah ialah ayat 48 dan 123 surah al-Baqarah. Boleh rujuk al-Quran :D (jangan malas, mana tahu ada ayat-ayat lain yang kita dapat lihat kebesaran Allah)
    Kredit: http://www.okclipart.com/Echo-Clipart30ulauowef/

    Kedua-dua ayat itu hampir sama secara keseluruhannya, kecuali perkataan "syafaat" dan "adl" diletakkan di tempat berbeza. Dalam ayat 48, syafaat disebut dahulu sebelum adl, dan sebaliknya dalam ayat 123. Ayat 48 merupakan antara ayat-ayat di awal topik Bani Israel, dan ayat 123 merupakan ayat terakhir dalam topik tersebut. Ayat 123 seperti menrumuskan seluruh kisah itu, maka Allah ingatkan kembali kepada ayat di awal. Ini adalah antara pengajaran penting daripada seluruh kisah itu. Namun, perbezaan susunan "syafaat" dan "adl" itu kerana perbezaan anggapan setelah mengetahui seluruh kisah. Pada mulanya, "syafaat"(manusia) dianggap lebih berhasil daripada "adl" (adil, seperti tebusan) kerana mereka merupakan orang yang terpilih. Oleh itu, syafaat itu pasti akan berhasil. Pada akhirnya, kita tahu bahawa Allah, malaikat, rasul semuanya bermusuh dengan Bani Israel yang tidak mahu beriman. Maka, syafaat itu sudah terkeluar daripada pilihan, dan yang tinggal hanya tebusan. Walau bagaimanapun, kedua-dua ayat telah menekankan bahawa kedua-dua pilihan itu tidak akan berjaya.
Ini hanyalah sedikit daripada ilmu Allah. Ingatlah,

"Katakanlah: Kalau lautan menjadi tinta untuk kalimah-kalimah Tuhanku, sesungguhnya habislah lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu." (Al-Kahfi: 109)

Kita bercakap, hatta menulis pun tidak berfikir terhadap simetri, kata seerti, gema dan sebagainya. Bukankah benar ini adalah kata-kata Allah? Allah itu sesungguhnya sangat sempurna, malah hanya Dia yang sempurna. Kerana itulah al-Quran mukjizat sepanjang zaman, kerana kita kaji pun takkan tamat, walaupun secara berkumpulan. Sedikit demi sedikit idea datang menghuraikan kehebatan al-Quran, namun takkan pernah tamat idea itu.

Hebatnya kata-kata ini!

Sumber: Nouman Ali Khan - bayyinah.org




Friday, May 5, 2017

Siapa yang putus asa?

Soalan yang sering timbul di minda: mengapa ada orang yang tahu Islam, tetapi tidak mahu mengamalkannya? Pengalaman bersama rakan-rakan seperti membuktikan perkara itu berlaku. Apabila kami berkumpul, pasti ada satu terdengar, "Eh, janganlah buat macam tu. Ada dialah," terutamanya apabila ada yang mencarut ataupun menceritakan perkara yang tidak bagus. Mereka seperti menghormati orang yang dianggap baik dan suci, tetapi adakah mereka menganggap diri mereka sendiri tidak baik?

1. "Mesti masuk neraka!"

Semua orang pasti mahu masuk syurga. Tetapi, ada pula segolongan kecil yang berpendapat bahawa mereka sudah pasti akan masuk neraka, maka mereka tidak mahu berbuat apa-apa tentang itu. Namun, bukankah Allah Maha Pengampun? Berkali-kali dalam al-Quran, Allah berfirman "Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang" juga "Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun." Mungkin ada yang fikir, kalau bertaubat pun pasti akan buat lagi. Ya, memang kita sebagai manusia sentiasa berbuat dosa, itu normal. Anda abnormal jika anda fikir anda tiada dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, seandainya kalian tidak pernah berbuat dosa, niscaya Allah akan mengganti kalian dengan mendatangkan suatu kaum yang kemudian kaum tersebut berbuat dosa, kemudian mereka meminta ampun kepada Allah, dan Allah akan mengampuni mereka” (HR. Muslim)"


Maka, Allah tidak murka terhadap manusia yang berdosa, tetapi murka kepada manusia yang berbuat dosa tetapi tidak bertaubat kepada Allah. Allah sendiri yang memberi kita nafsu, membenarkan syaitan menghasut kita, dan Dia faham bahawa kita adalah pendosa.


Ada yang sudah berputus asa untuk menghindari dosa dan bertaubat. "Penatlah... Berapa kali bertaubat, lama-lama terbuat juga." Namun, cuba kita fikir, mengapa Allah masih mengekalkan kita di dunia? Mengapa Allah tidak matikan kita dalam dosa? Ketahuilah, Dia tidak berputus asa dengan kita. Kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang Allah panjangkan umur untuk menambah dosa, bahkan kita mahu berada dalam orang-orang yang diberikan nikmat Allah.


Allah tidak berputus asa dengan kita, mengapa kita pula mahu putus asa?

Kredit: https://www.linkedin.com/pulse/best-advice-never-give-up-brigette-hyacinth

2. "Kenapa?"

Ada juga yang masih tertanya-tanya, mengapa kena buat itu, ini? Kenapa banyak sangat halangan? Kenapa Allah suruh?

Solusinya: Baca dan fahami al-Quran. Faham itu penting, kerana menerusi al-Quran, kita dapat mengenal Allah, mengenal sifatnya, dan seterusnya faham perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan. Allah s.w.t. berfirman:

"Maka adakah mereka tidak menghayati al-Quran, atau adakah hati mereka terkunci?" (47:24)

Saya sebelum ini selalu fokus terhadap tilawah dan hafazan semata-mata. Apabila baca maksud ayat pun, baca tanpa menghayati kerana selalu hilang fokus. Tetapi setelah mendengar tafsir Nouman Ali Khan pertama kali untuk Surah al-Baqarah (bayyinah.org), minda rasa macam terbuka. Sangat-sangat banyak kehebatan Allah yang boleh dilihat hanya melalui bahasa dan kata-kata yang digunakan. Boleh jadi satu perkataan itu, ada banyak maksud dan semuanya boleh digunakan dalam konteks itu. Yang menariknya, cara Allah susun al-Quran juga memandu kita memahami Islam dengan baik. Maka, kita perlu belajar al-Quran mengikut susunan yang betul, dari al-Fatihah sehingga an-Nas. Contohnya, bahagian awal al-Baqarah menceritakan tentang Adam a.s. Oleh itu, perkara pertama yang kita perlu tahu ialah tujuan kita diciptakan. Kemudian, ada cerita tentang Bani Israel, Ibrahim a.s. dan seterusnya. Maka, kita akan dapat jawapannya apabila kita  mengenal Allah.

3. "Kenapa orang lain boleh buat?"

Kebiasaan orang tak semestinya membenarkan perkara itu. Malah, kebiasaan pun berbeza mengikut adat di tempat-tempat lain.

Analogi yang boleh diberi ialah uniform. Di Amerika Syarikat, pelajar sekolah tidak tertakluk kepada uniform. Namun, mereka boleh terikat dengan ikatan sosial. Kalau mahu popular, mesti pakai pakaian tertentu. Jika nak berkawan dengan kumpulan itu, mesti bergaul macam mereka. Bukankah itu lebih sukar daripada ada uniform sekolah, yang mana semua orang boleh bergaul tanpa bergantung kepada pakaian tertentu?

Ingatlah kehambaan terhadap Allah itulah kebebasan yang paling tinggi yang kita akan dapat. Perhambaan terhadap manusia/sosial, benda, dan nafsu akan memakan diri, menyusahkan diri. Jika kita hanya fikir Allah, Allah sudah menunjukkan jalan kepadaNya, serta Dia Maha Mengetahui terhadap keupayaan diri kita kerana Dia Maha Pencipta. Maka, sudah pasti segalanya menjadi mudah. Manusia pula berbeza-beza, kerana manusia pasti ada 'personal bias' dan bukan mudah untuk tahu semua itu. Mengapa mahu menyusahkan diri, sedangkan Allah memudahkan kita?

Jika kita fikir soal haram, Allah menghalalkan banyak benda. Malah, semua benda yang baik Allah halalkan. Perkara yang haram itu hanya membinasakan diri kita. Apa ruginya kita ikut aturan Allah ini?

4. "Aku tertekan..."

Ada beberapa rakan saya yang telah kehilangan ibu ataupun ayah mereka. Benar, mereka berasa kurang kasih sayang, saya tidak nafikan itu. Juga mungkin benar andai mereka memberi alasan bahawa perkara itu menyebabkan mereka melakukan perkara yang tak sepatutnya. Kadangkala, kerenggangan dengan adik-beradik pun boleh menjadi punca seseorang bersama dengan teman lelaki atau perempuan. Kerana mereka mahukan kasih sayang.

Semua itu tidak boleh dinafikan. Namun, Allah tahu bahawa kita akan dapat mengharungi dugaan itu. Bukankah Allah berfirman:

"Allah tidak memberatkan seseorang melainkan dengan kemampuannya." (2:286)

Allah beri ujian ikut kemampuan. Allah tidak akan beri 'dumbbell' paling kepada orang tua!
Kredit: https://wiki.teamfortress.com/w/images/thumb/c/cc/Heavytaunt1.PNG/320px-Heavytaunt1.PNG?t=20110820152258

Dugaan itu untuk menguji kekuatan iman kita. Anggaplah tekanan itu sebagai satu peperiksaan yang paling besar dalam hidup kita, lebih hebat dari SPM. Pasti kita akan berusaha sehabis mungkin untuk berjaya dalam peperiksaan itu. Menggunakan alasan tertekan untuk berbuat dosa, seperti sengaja menggagalkan peperiksaan tanpa belajar sedikit pun, walaupun perkara asas. Padahal, kemenangan itu mungkin hanya selangkah saja lagi. Allah tahu ujian itu akan memberi kelebihan kepada kita. Namun, itu hanya boleh diperoleh jika kita berusaha. Jadikan ujian dan kehilangan itu sebagai alasan untuk kita lebih dekat kepada Allah, bukan lebih jauh daripadaNya.

Pasti ada lagi punca-punca yang menyebabkan kita tidak mengamalkan Islam. Walau bagaimanapun, fokus kepada Allah, dan ingatlah betapa penyayangnya Allah (juga azabnya jika tidak mengikut Islam). Secara ringkasnya, al-Quran jalan penyelesaian utama untuk memberi petunjuk kerana

"Kitab itu tiada keraguan padanya, petunjuk untuk orang yang bertaqwa." (2:2)

Jom jadi orang yang bertaqwa, melalui al-Quran!

Monday, February 13, 2017

Books

Related to my previous post, I just want to share my reading pathway I had written for my class assignment :D


My house is full of books. Every corner, there are books, whether on the shelves or even scattered on the tables. I think that is why I love reading books since I was a child.

            I do not really remember about my early reading. The earliest book I can recall is a novel, a birthday gift from my parents. Written in my native language (Malay), the story revolves around the life of a girl entering a boarding school. Although I was still in elementary school, it was such a good early experience for me with novels. After receiving the novel, I know the books published by the publisher were very good and interesting. That was a kick start that I started searching for new novels, especially when the International Book Fair was approaching. Most of the novels I bought was about adventures and science fiction, such as traveling to the future and the Famous Five series (in Malay). During that age (about 9 years old), I  also started reading English short stories by Enid Blyton from my sister’s collections. Most of the stories were about fairies and talking toys, which I found them interesting and imaginative. I think those were the only English stories I read when I was a child.

            Those novels stated above were only about 200 pages long. The first ‘thick’ novel I read was ADAM, and I love that novel very much. It was not about a person named Adam though. ADAM is actually an abbreviation that generally means ‘I am a Malaysian.’ It was about a Malaysian guy traveling to the states to visit her daughter who was studying there. Alas, they met with an accident. The Malaysian guy was accused as a drunk driver and was sentenced to prison. That novel was heartbreaking yet really suited my interests. From then, I became a fan of the writer, who is claimed as the first thriller novelist in my country. Actually, this interest is shared among my siblings, so we never miss even a single of his books, although sometimes we need to wait for the Book Fair to get lower prices.

            My experience in exploring books does not stop there. During my years in middle school, most of my friends liked to read the novels written by a popular anonymous writer. They are popular among my brother’s friends too. Thus, we decided to buy one of his or her novel, which was about a young woman’s life. We tried to read, and it surprised us! Both of us did not like the book at all. The most irritating factor about the book is the language used. The words are so informal and sometimes we could not understand them. Maybe it is suitable for the current generation who used with weird and unnecessary abbreviations, and misused words. Although it was not using improper words, but I still feel that it was not appropriate to use spoken words in writing. That makes me realized that I am quite a perfectionist on using the proper language, and also concern about the changes of language culture.

            Currently, I have three favorite authors: Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani and Hilal Asyraf. The similarities between them are of course, they are Malays, and their books includes religious perspectives of Islam and moral values which I think are beneficial. Ramlee Awang Murshid’s novels are mostly fictional, and there are always plot twists in the stories beyond one’s expectations. That what makes his stories interesting. For example, at first the story looks like a horror story, but at the end it actually has a scientific explanation about the scary incidents. Faisal Tehrani’s novels are mostly about histories and they are told in excellent ways such that people will not feel bored. One of his book was about our nation’s history, but he supplied it with food stories, about how certain food got their names.  On the other hand, Hilal Asyraf actually writes both fictional and also motivational books. However, I mostly read the novels, which always about friendships, action and faith. What makes his books special are religious moral values are instilled while people enjoying the action stories. An example of his book is Hero, which basically about a superhero in a suit, who was changing himself to the better. I really enjoyed reading their books.

            The books I currently read is different from my childhood readings in which I read thicker books with more intellectual and religious values. My family and I always go to the International Book Fair held every year to get new books and novels, mainly because there are discounts. Although our house is full of books, they are still not enough for us to fill our free time.



Sunday, February 12, 2017

Buku



Baru-baru ini saya ke Public Library (dinamakan Metropolitan Library mungkin disebabkan di bandar besar), tetapi bukan Main Library. Maka, saiznya tidaklah begitu besar, seperti Perpustakaan Shah Alam. Malah, rasanya lebih kecil dari perpustakaan di Selayang. Kebanyakan buku di situ sama seperti di Malaysia: novel fiksyen dan bukan fiksyen, ensiklopedia, buku kanak-kanak. Namun, mereka juga ada menyediakan DVD dan buku audio (CD AudioBook) bagi sesiapa yang lebih suka mendengar dan menonton. Mungkin masyarakat akan lebih tertarik untuk membaca dengan adanya sumber-sumber itu, kerana sebahagian orang lebih fokus jika mendengar. Namun, saya tak meminjamnya, kerana saya bukan peminat audiobook (saya lebih kepada pembelajaran visual). Teringin juga meminjam DVD, tetapi tidak jumpa pula cerita yang sangat menarik, dan rasanya tiada masa pun untuk menonton. Ada satu servis yang saya sangat tertarik: Meminjam secara digital! (https://www.hoopladigital.com/) Bukan sahaja e-book, malah ada movie, audiobook dan majalah. Walaupun tempoh meminjam hanya 3 hari, namun itu sangat memudahkan bagi sesiapa yang tiada masa ke perpustakaan ataupun tiada kenderaan ke sana. Di situ, ada juga ruang di mana pelajar-pelajar sekolah boleh mendapatkan bantuan tutor untuk menyelesaikan kerja sekolah, yang mana sangat bermanfaat dan menarik remaja-remaja ke perpustakaan.

audio-book-Getty
Kredit: http://www.forbes.com/sites/deborahljacobs/2014/06/25/summer-reading-listening-to-audiobooks-while-you-do-something-else-is-the-ultimate-in-multitasking/#3fb22fef1435


Perpustakaan di universiti sangat berbeza dengan perpustakaan komuniti. Di universiti, apa yang saya lihat apabila masuk ialah komputer, laptop, desktop. Di rak-rak pula, kebanyakan buku adalah untuk kajian dan jurnal-jurnal rujukan. Kebanyakan pelajar ke perpustakaan hanya untuk menggunakan komputer (termasuk saya. :P), walaupun ada juga yang datang untuk mendapatkan suasana senyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan perpustakaan-perpustakaan di sini terlibat dalam satu kumpulan yang melibatkan seluruh negeri (Contoh: OhioLink). Para pelajar atau mana-mana ahli perpustakaan boleh meminjam buku dari tempat lain, dengan cara buku tersebut dihantar ke tempat masing-masing. Contohnya, buku dari State Library dihantar ke perpustakaan universiti. Oleh itu, kekurangan sumber di perpustakaan sendiri bukanlah penghalang. Begitulah antara kelebihan perpustakaan di sini.

Kredit: https://andersoncompanies.com/anderson_portfolio/osu-thompson-library/

Membaca sememangnya penting dalam kehidupan kita: dapat ilmu, merangsang perkembangan minda, mengetahui adat resam kaum dan negara lain, mengisi masa lapang, mengembangkan imaginasi dan sebagainya. Eh, bagaimana membaca boleh mengembangkan imaginasi? Berbanding dengan menonton filem, minda akan cuba membayangkan apa yang dibaca, bukan hanya menerima. Cuba fikir, apabila kita membaca novel, kemudian menonton cerita yang sama, selalunya bayangan kita akan berbeza daripada yang ditonton. Sebaliknya, apabila novel dibaca selepas menonton, kita akan lebih ke arah membayangkan filem yang ditonton. Sebagaimana yang kita semua tahu, antara ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. juga menyuruh kita membaca.

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan."
(Al-Alaq:1)

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang ummi (tidak pandai membaca), Allah s.w.t. menyuruh Baginda s.a.w. membaca. Ironi, bukan? Namun, apa yang ditekankan di sini ialah kunci kepada segala-segalanya ialah membaca. Walaupun Baginda s.a.w. tidak pandai membaca, dengan panduan daripada Allah s.w.t., Al-Quran itu menjadi sumber yang amat penting bagiNya. Allah s.w.t. menyuruh kita merangsang pemikiran kita, bukan hanya membaca, kemudian, "Oh, begitu." Selepas itu, tamat. Allah s.w.t. menyuruh kita berfikir dan berfikir, walaupun apabila melihat. Banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyarankan kita melihat dan berfikir tentang ciptaan Allah.


"Maka tidakkah mereka melihat unta, bagaimana mereka diciptakan?"
(Al-Ghasyiyah:17)

Pernahkah kita berfikir begitu apabila melihat unta? Bagaimana adanya bonggol, bagaimana mereka boleh bertahan di padang pasir, bagaimana mereka boleh membawa barang yang berat?

Image result for camel shoe
Bagaimana unta menjadi kasut?
Kredit: https://www.aliexpress.com/item/Luxury-genuine-leather-men-dress-shoes-pointed-toe-wedding-shoes-slip-on-loafers-men-oxfords-Camel/32694435363.html?spm=2114.40010508.4.159.l8RvlM

Kembali kepada membaca. Bahan bacaan yang bagaimana mahu dipilih? Pilihlah yang dapat memberi manfaat kepada kita. Tak semestinya hanya buku-buku tafsir, syariah, akhlak. Buku motivasi pun bermanfaat. Novel juga ada yang bermanfaat, yang diselitkan motivasi, moral, agama, ilmu dan sebagainya. Ada juga buku-buku yang merangsang minda, seperti buku penyiasatan. Buku-buku Inggeris juga bermanfaat, walaupun mereka bukan Islam. Kita boleh membaca idea-idea mereka yang hebat. Bukan Islam bukanlah bermaksud kita tak boleh langsung mengambil idea mereka. Dalam sejarah pun, tatkala umat Islam di zaman kegemilangan, tiada masalah untuk umat Islam berkongsi ilmu dengan orang bukan Islam. Maka tiada salah untuk kita saling berkongsi ilmu, asalkan kita tahu batas-batas iman kita, tahu apa yang benar dan salah. Asalkan kita pilih buku bermanfaat, itu sudah bagus!

Namun, jangan lupa perkara yang amat penting, disebut dalam Hadis pertama dalam hadis 40 Imam An-Nawawi.

"Sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat,..."
(Hadith 40 Imam An-Nawawi)

Kunci paling penting untuk mendapat pahala! Rugilah jika kita melakukan perkara yang baik, tapi pahalanya ... Niatkan untuk mendapat ilmu, dan berkongsi ilmu supaya dapat meningkatkan iman ke arah keredaan Allah. Buku motivasi pun? Ya, kita akan lebih bermotivasi untuk memakmurkan bumi sebagaimana yang diperintahkan Allah. Novel? Supaya kita dapat mengetahui budaya orang lain, mengelakkan perpecahan akibat salah faham. Ini hanyalah contoh-contoh.

Akhir sekali, ilmu-ilmu melalui bacaan itu kalau boleh, kongsikan kepada orang lain. Ingat, ilmu yang bermanfaat meruupakan antara amalan yang tidak terputus apabila meninggal dunia. Walaupun kita hanya menyampaikan ilmu daripada bacaan yang ditulis oleh orang lain, kita juga telah menyebarkannya.

“Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(HR Muslim (1631))

Semoga amalan kita sentiasa mendapat keredaan Allah, InsyaAllah! :D

Thursday, November 24, 2016

Marilah Bersama-sama

Fenomena biasa yang dilihat terutamanya di kawasan rehat ataupun hentian sebelah ialah kurangnya solat berjemaah, terutamanya bagi wanita. Bukankah Allah telah menjanjikan 27 darjat bagi sesiapa yang mengerjakan solat secara berjemaah? Cuba fikir, tertinggal satu solat jemaah, rugi 26 darjat. Kalau 3, 5? Banyak sungguh beza kita dengan yang konsisten mengerjakan solat jemaah.

Kredit: http://razosmana.blogspot.com/2013/04/tuntunan-shalat-berjamaah-menurut.html


Berdasarkan pengalaman saya, solat berjemaah ini sememangnya banyak faedahnya secara tidak langsung.
  1. Semestinya, mengeratkan silaturrahim.

    Bahu ke bahu, kaki ke kaki. Selepas solat dan berdoa, biasanya para jemaah akan bersalaman dan saling memaafkan. Tanpa solat jemaah, adakah kita akan dapat merapatkan diri dengan orang lain, lebih-lebih lagi yang tak dikenali? Rasanya adakah waktu lain yang kita akan menjadi terlalu rapat dengan orang lain?

    Adakalanya, jika bukan di masjid, kita akan mengajak rakan di rumah untuk solat bersama. Mungkin ada yang kita jarang bercakap dengannya, mungkin ada yang kita sedang berasa kecil hati. Namun, ganjaran yang dijanjikan Allah sangat sukar untuk ditolak. Motivasi ini boleh menggerakkan kita untuk mendekati rakan kita itu, dan seterusnya mungkin akan mengeratkan hubungan serta melapangkan hati kita.
  2. Melatih kepimpinan
    Kredit: http://www.kaizen-news.com/kaizen-leaders-role/


    Imam merupakan pemimpin dalam solat jemaah. Sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin dalam jangka masa yang singkat ini, lebih-lebih lagi jika antara rakan-rakan. Melalui pengalaman saya, biasanya kami akan bertukar-tukar giliran sebagai imam jika solat di rumah. Maka semua orang dapat rasa menjadi imam. Peluang sebegini jarang didapati dalam urusan dunia, yang mana ketua akan memimpin dalam jangka masa yang lama dan hanya boleh dilaksanakan oleh ketua yang berdedikasi. Sebaliknya, imam tugasnya hanyalah memimpin gerakan dan bacaan, tugas yang mudah, bukan? Asalkan bacaannya baik, dia boleh menjadi imam.
  3. Menyempurnakan solat

    Jika ada dalam kalangan kita yang tidak mempunyai bacaan yang baik pula bagaimana? Maka itulah tugas yang lain untuk memotivasikan rakan kita itu. Berikan dia masa, mungkin dalam dua bulan, berdasarkan bacaannya. Maka dia pasti akan berasa semangat untuk melatih bacaannya dalam solat, secara tidak langsung menyempurnakan lagi solatnya.

    Ada juga imam yang kadangkala terlupa beberapa ayat yang dibaca. Dengan adanya makmum di belakang, ayat tersebut dapat diingatkan kembali. Makmum boleh membacakan ayat yang betul dengan kuat apabila imam tersilap, supaya bacaan dapat dibetulkan.

    Saya juga pernah beberapa kali khilaf, terlupa rakaat yang telah dilaksanakan. Namun, solat berjemaah selalunya dapat mengurangkan kesilapan itu, dengan mengikut perlakuan imam. Imam juga apabila tersilap, boleh ditegur oleh makmum yang mengucapkan tasbih (bagi lelaki) ataupun menepuk tangan (bagi perempuan). Secara tidak langsung, sikap saling mengingatkan dapat diterapkan.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan-kelebihan solat jemaah. Sememangnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, di samping tidak menyusahkan kita. Solat berjemaah ini Fardhu Kifayah, hanya segolongan dalam satu masyarakat yang wajib melakukannya. Jika solat berjemaah ini wajib kepada semua, bukankah sukar sekiranya kita keseorangan? Maka menunaikan solat itu lebih penting. Jangan pula meninggalkan solat apabila tiada orang untuk solat bersama-sama. Namun, apabila ada peluang, jangan sia-siakannya. 27 darjat, tak nak?

Friday, September 9, 2016

Mengapa Kita Dicipta?

Pemuda-pemudi zaman kini sedang sibuk mengkaji keadaan bumi yang semakin rosak. Adakalanya kita berfikir, mengapa Allah menurunkan kita ke bumi? Mengapa tidak kekal di dalam syurga?

Jika kita telusuri kembali kisah Adam a.s., kita dapat merasakan betapa kasihnya Allah terhadap kita di dunia. Kita bukanlah ditempatkan di dunia hanya sebagai ujian, malah ini adalah satu penghormatan terhadap manusia yang dilantik sebagai khalifah dunia. Manusia yang diberikan kebolehan untuk mengkaji dan memperturunkan ilmu.

Adam a.s. diceritakan oleh segelintir masyarakat sebagai manusia berdosa. Namun, kisah penciptaan Adam a.s. merupakan kisah yang menggembirakan seperti yang diceritakan dalam Al-Quran. Antara anggapan yang salah terhadap kisah ini:

"Adam a.s. diturunkan ke dunia kerana bersalah memakan buah yang dilarang."
Allah telah memaklumkan sejak awal bahawa Dia akan mencipta khalifah di BUMI dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 30. Hal ini bermaksud walaupun Adam a.s. tidak memakan buah itu, baginda tetap akan ditempatkan di dunia kerana manusia sememangnya dicipta untuk dunia ini, memegang amanah yang besar sebagai penghormatan terhadap manusia. Buah itu hanyalah sebagai ujian dan pengajaran bagi Adam a.s. dan manusia secara amnya, kerana pada masa yang sama, kita dapat mengetahui fakta bahawa Iblis bukanlah rakan kita. Kita perlu berhati-hati kerana dia akan datang kepada kita seperti kawan, namun sebenarnya dialah musuh dalam selimut.

"Dunia ini merupakan kesengsaraan"
Benar, dunia ini sangat berbeza daripada syurga. Namun, dua perkara yang perlu dijelaskan di sini:

Kredit: https://john.do/fear/

- Adanya kesedihan dan ketakutan, sadness and fear. Walau bagaimanapun, Allah menunjukkan jalan yang lurus buat kita melalui Al-Quran. Jika sikap ini tidak dipandukan dengan al-Quran, tindakan-tindakan yang tidak masuk akal akan berlaku. Boleh jadi orang yang terlalu sedih dengan kematian ibunya, akan bertindak membunuh ayahnya sendiri kerana berpendapat bahawa ayahnya menyebabkan peristiwa itu. Ada pula golongan yang terlalu takut terhadap kekalahan sehingga sanggup memfitnah rakan baik sendiri. Tetapi, Allah tidak meninggalkan kita sendiri mencari jalan penyelesaian, Allah membantu kita melalui kalamNya sendiri. Bukankah Allah berfirman:
"Dan ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

- Dunia ini sebenarnya adalah gambaran bagi nikmat di syurga kelak. Buktinya? Allah menggambarkan di dalam Al-Quran bahawa di dalam syurga adanya sungai, buah-buahan, pasangan yang cantik, pokok yang rendang dan banyak lagi (gambaran di dalam al-Quran lebih indah kata-katanya). Mengapa begitu? Kerana Allah ingin menarik kita menuju ke syurga. Andainya syurga terlalu berbeza buat kita, sukar untuk kita tahu adakah itu perkara yang menarik. Seperti kita membayangkan tempat makhluk asing. Kita sudah mengalami betapa indahnya dunia ini, sungai yang sejuk menyenangkan. Oleh itu, manusia akan berasa bahawa syurga ini amat sesuai bagi kita semua, dan menjadikan tujuan di akhirat.
Kredit: https://en.wikipedia.org/wiki/River


"Hawa merupakan orang yang bersalah, dan Allah sangat murka kepada beliau. Kerana itulah perempuan berasa sakit ketika mengandung, dan adanya haid setiap bulan."
Bahkan Allah merahmati perempuan! Perkataan 'rahim' itu sendiri ternyata merupakan salah satu daripada nama Allah, ar-Rahim. Dan di dalam Al-Quran, Allah tidak pernah menyalahkan Hawa semata-mata. Kebanyakannya disebut Adam a.s. dan iblis. Maka, mengapa pula Allah murka terhadapnya?


Ini hanyalah sebahagian daripada perkongsian Bro. Nouman Ali Khan untuk Tafsir Surah Al-Baqarah edisi Ramadan 1437H. Boleh rujuk Al-Quran anda untuk membaca kisah menarik ini, bermula daripada ayat 30. Setelah kita mengetahui kisah ini, maka sentiasalah ingat bahawa kita adalah khalifah di sini! Maka bertindaklah seperti khalifah.

Professor yang memeluk Islam hasil penceritaan ini dalam al-Quran, Prof Jeffrey Lang. Boleh tonton di sini.




Saturday, September 3, 2016

DR PIE

Kredit: https://www.kitchen208.com/pi-e-day/

Dengar sahaja kejuruteraan, pasti ramai yang fikir tentang Sains dan Matematik. Namun, kejuruteraan adalah lebih dari itu. Ada tentang etika, ada juga tentang penyelesaian masalah, seperti yang baru sahaja aku belajar minggu ini. Hakikatnya, semua orang mempunyai masalah, dan masalah itu perlu diselesaikan, bukan dihapuskan ataupun lari darinya.

Ada orang yang sikapnya berubah kerana masalah keluarga. Ada insan yang sanggup mengambil nyawa sendiri kerana masalah pelajaran. Ada juga yang gila kerana terlalu tertekan.

Namun, ramai yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian. Lebih menakutkan apabila kita sendiri tenggelam dalam masalah tersebut! Lalu bagaimana?

Kaedah DR PIE ini sebenarnya ditunjukkan di dalam kelas tempoh hari. Ada kaitankah kejuruteraan dengan kehidupan? Sememangnya ada.

1. DEFINE
What is your problem? Cuba tulis dan jelaskan masalah tersebut. Apabila kita dapat membacanya, kita dapat mengenal pasti dengan jelas masalah tersebut. Kesilapan besar yang selalu kita lakukan ialah sekadar berfikir dan membiarkannya, ataupun berasa tertekan padahal kita sendiri tidak tahu apa masalah tersebut. Apa masalah anda?

The knowns and the unknowns. Senaraikan juga perkara-perkara yang kita tahu dan yang tidak tahu. Contohnya, kita tahu perasaan kita terhadap perkara itu. Tetapi tahukah kita tentang perasaan orang lain? Tahukah kita berkenaan punca masalah itu?

Constraints. Apakah halangan kita untuk menyelesaikan masalah itu? Masa, wang, komunikasi? Ataupun mungkin kita tiada kekuatan untuk melakukannya?

Assumptions. Untuk perkara-perkara yang kita tidak tahu, sebaik-baiknya kita selidiki dahulu dan membuat agakan. Contohnya, sahabat kita sering meminjam wang. Agakan yang boleh dibuat: mungkin dia kekurangan wang, berdasarkan pengalaman orang lain.

2. REPRESENT
Visualkan masalah anda. Dalam otak pun boleh, dalam kertas pun boleh. Visual ini bukan hanya gambar atau lukisan, termasuk juga ialah gambar rajah, carta dan sebagainya. Lebih mudah dilihat dan diinterpretasikan.

Kredit: http://head.dvrlists.com/mind-map/


3. PLAN
Rancang jalan penyelesaian. Jangan bertindak melulu kerana kita perlu fikir dahulu sebelum buang bertindak. Berdasarkan senarai tadi, kita sedikit sebanyak dapat menganalisa punca dan mungkin jalan penyelesaian. Sekiranya anda berasa tersekat (stucked), tanya rakan-rakan. Ataupun, boleh bertanya kepada Encik Google. Mungkin ada orang yang mengalami masalah sama, dan telah diketahui kesan kaedah yang digunakan. Sejarah itu penting untuk mengelakkan kita daripada melakukan kesalahan yang sama.

"Seseorang yang melupakan sejarah akan mengulanginya." (Dipetik daripada buku teks Sejarah setiap tingkatan).
4. IMPLEMENT
Sudah rancang, buatlah! Inilah bahagian yang paling sukar. Selalunya orang rancang, dan rancangan itu seakan-akan hilang dalam lubang hitam.

"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubah dirinya sendiri." [Al-Quran 13:11]

5. EVALUATE
Muhasabah kembali, lihat kembali adakah langkah kita memberi kesan? Adakah masalah dapat diselesaikan? Perhatikan betul-betul. Adakalanya, secara luaran, masalah itu selesai. Namun, jika masalah dalaman itu tidak benar-benar diubah, masalah itu akan berulang.

Sekiranya rancangan kita tidak berhasil, maka janganlah mengalah. Umat Islam yang hebat tidak akan mengalah. Kerana kita tahu bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Walaupun selalunya kita sukar untuk menerima, yakinlah ada hikmahnya. Yakinlah bahawa kita dapat melihat hikmahnya pada masa hadapan.

"Sungguh ajaib orang Mukmin ini. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersabar. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur." (Hadith Rasulullah s.a.w.)
Itulah DR PIE secara ringkasnya, hasil daripada kelas Kejuruteraan. Aplikasikannya dalam kehidupan, kerana ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. (Tapi sebenarnya pokok tanpa buah itu juga berguna. Tak tahu lah mengapa peribahasa ini bermaksud negatif.)

Kredit: http://pngimg.com/img/nature/tree



Monday, May 2, 2016

Makcik Berkasut Saiz 11

Selesai membeli belah di Walmart, kami bergerak ke perhentian bas di seberang jalan. Memandangkan sebelum ini bas berhenti di jalan yang berdekatan dengan Walmart, kami memutuskan untuk tunggu di seberangnya.Berdasarkan Dr Google, bas dijangka sampai pada jam 5.03 petang. Disebabkan hujan renyai-renyai, maka kami memilih untuk duduk di bawah bumbung.

10 minit berlalu. Bas masih belum sampai. Aku memeriksa kembali Google Maps. Tiba-tiba aku perasan bahawa perhentian yang ditanda adalah di seberang kami, dan kemudian bas itu akan berpatah balik. Peta itu seperti tidak betul. "Ada ke bas yang patah balik?" Sebelum ini pun, pernah juga dipaparkan seperti itu, tapi kami menaiki bas yang betul tanpa mengikut arahan Google. Tidak sempat aku berbincang dengan rakanku, bas pun sampai. Kami segera berlari ke arah bas.

10 minit kemudian, aku perasan kami sudah berada di kawasan Mall yang lebih kurang sejam dari rumah kami. "Eh, kita makin jauh dari rumah! Walmart tadi setengah jam sahaja. Ini sudah sejam kalau nak balik rumah." Rupa-rupanya, kata Dr Google betul. Maka, bertapalah kami di dalam bas... Bas itu akan berpusing selepas 20 minit di perhentian terakhir, dan selepas itu barulah kami memulakan perjalanan pulang.

Perut berbunyi. Lapar. Potato chips yang dibeli sebentar tadi dibuka. "Do you want some?" kami bertanya kepada makcik yang bersama kami menunggu di dalam bas. "Oh, thank you. I just ate sandwiches at Wendy's." Kemudian bermulalah perbualan kami dengannya, memandangkan hanya kami berada di dalam bas itu.

"Are you students at the university here?"
"Yes, we are studying chemical engineering."
"Oh, good. What is your plan in the future? I mean, what do you want to do after you graduate?"
"Umm... To be an engineer." (Belajar engineering, mestilah jadi engineer, kan?)
"What business do you want to do?"
"Oh, hmm.. We do not think about that yet..."

Makcik itu pun bercerita tentang rancangannya untuk membuat bisnes kasut. Masalah yang dihadapinya ialah kasutnya terlalu mahal untuk dibeli. Disebabkan saiz kakinya yang besar, iaitu saiz 11, tidak banyak kedai yang menjual kasut perempuan sebegitu besar. Jika ada pun, yang banyak ialah kasut lelaki ataupun terlalu mahal. Dalam hati, aku bersyukur dengan kakiku. Saiz kaki ini pun nikmat. Kadang-kadang, kasut kanak-kanak yang lebih murah juga muat. Kembali kepada bisnes makcik itu. Dia berpandangan positif terhadap rancangannya itu. "I am sure that this business will be great. See, women with big feets should not pay more for the shoes. It is not fair, right?" Aku pun mengiyakan rancangannya, dengan harapan bisnesnya akan berjaya.

Kredit: hikingartist.com/thrive/bigshoe_fritsal

Selalunya, kesusahanlah yang akan menyebabkan kita berjaya membuat sesuatu yang sangat berguna untuk orang ramai. Dalam subjek reka cipta yang aku belajar untuk SPM dahulu pun, langkah pertama dalam proses mereka cipta ialah pernyataan masalah, bukannya kemudahan yang kita ada. Contohnya, baru-baru ini pelajar MRSM berjaya memenangi pertandingan reka cipta peringkat antarabangsa dengan ciptaan 'powerbank' daripada air garam. Pencetusnya? Masalah banjir yang dihadapi di Kelantan dua tahun lalu. Mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan elektrik, lantas garam boleh dijadikan alternatif untuk mendapatkan kuasa elektrik selain daripada soket biasa. (berita)



Oleh itu, ujian itu sebenarnya nikmat bagi kita. Boleh jadi ujian itu adalah pencetus kepada kejayaan kita pada masa hadapan, seperti kisah tadi. Ujian juga mungkin tanda Allah sayangkan kita, tidak mahu hambaNya terus terpesong daripada landasan yang benar. Agar diri in sentiasa memohon kepada Allah, rapat dengan yang Maha Berkuasa.

Dalam kisah di atas, ujian itu pencetus kepada idea untuk menjadi usahawan. Dalam satu hadith daif, ada disebutkan bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Jika kita hayati kisah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dulu, ramai dalam kalangan mereka yang merupakan ahli perniagaan.

Rasulullah s.a.w. sendiri sewaktu kecil mengembala kambing. Sewaktu berumur 12 tahun, baginda berniaga bersama Abu Talib di Syam. Seterusnya, baginda berniaga bersama Khadijah r.a. Menariknya, perniagaan Rasulullah s.a.w. sentiasa mendapat sambutan kerana sikapnya yang amat jujur. Tiada timbangan yang kurang, baki pun cukup, jualan juga semua berkualiti.

Abdul Rahman bin Auf r.a. pula terkenal dengan kisahnya di Madinah. Datang sehelai sepinggang ke sana, dalam beberapa hari sahaja, beliau sudah memiliki harta kembali, sepertimana di Makkah. Apa yang beliau buat? Berniaga! Kepakarannya dalam perniagaan memudahkan dirinya untuk berbakti di jalan Allah dengan menyumbangkan hartanya.

Begitu juga Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan ramai lagi. Ramai yang bermula daripada bawah, kemudian berjaya dengan perniagaan. Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa ini semua dunia semata-mata. Kenapa kita perlu berniaga? Jadi pekerja biasa tak boleh ke?

  • Bukankah kita bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi? Perniagaan dapat memudahkan kehidupan manusia. Contohnya, kalau tiada orang yang menjual hasil pertanian, bagaimana para jurutera mahu mendapatkan makanan? Bagaimana pula petani-petani mahu mendapatkan rawatan sekiranya sakit jika tiada para doktor? Semua orang memainkan peranan masing-masing di dunia ini, juga saling membantu. Jika semua orang mahu melakukan semua perkara sendiri, bagaimana manusia dapat berhubung? Malah, menyusahkan diri sendiri!
  • Harta yang banyak selalunya diperoleh oleh orang atasan, seperti CEO syarikat. Dengan harta, kita dapat menyumbang untuk pembangunan Islam. Contohnya, membina sekolah, menjual keperluan seperti makanan dan sebagainya. Benar, harta bukanlah segalanya. Namun, wang dapat membuka peluang yang luas untuk kita menyumbang. Bayangkan sekiranya kita tiada wang, sukarlah untuk berjalan ke sana ke mari membantu orang ramai. Bahkan dengan hanya mempunyai kereta, ramai orang yang tiada kenderaan dapat dibantu.
  • Islam menganjurkan kita berusaha yang terbaik dalam kehidupan. Boleh sahaja jadi pekerja, namun jadilah pekerja yang berdedikasi dan terbaik. Bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi takkan kita mahu orang Islam dipandang seperti orang biasa ataupun lebih rendah lagi? Apabila kita menjadi yang terbaik, Islam akan dipandang tinggi. Boleh jadi non-muslim akan tertarik dengan Islam kerana akhlak kita yang hebat.
Malah, Ali bin Abi Talib pernah menyatakan,

"Zuhud itu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati."

Dunia tidak perlu ditinggalkan terus, tetapi tidak dijadikan sebagai tujuan utama kehidupan. Tujuan kita adalah akhirat.

Hidup untuk akhirat.

Dunia merupakan tempat untuk kita menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah. Selagi kita tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama kita, pekerjaan kita dianjurkan dalam Islam. Dalam bekerja, niatkan untuk memberi kemudahan kepada orang lain. Dalam berniaga, niatkan untuk menyumbang kepada Islam.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya."
[6:32]

Berniaga itu tidak salah, asalkan kita mengikut syariat Islam. Carilah potensi diri kita, untuk berniaga walaupun kecil-kecilan.

Semoga Allah membantu kita dalam urusan dunia menuju ke akhirat yang kekal abadi.